#Utusan Digital » Feed Utusan Digital » Comments Feed Utusan Digital » [PARLIMEN] Antivaksin: Malaysia masih ada ruang berbincang Comments Feed alternate alternate alternate fbpx -- Berita Covid-19 Komuniti Nasional Terkini [PARLIMEN] Antivaksin: Malaysia masih ada ruang berbincang * Oleh ASLINDA NASIR * 12 Oktober 2021, 11:11 am -- “Kita belum mewajibkan, macam Kanada mereka ada undang-undang (mewajibkan vaksin) kerana rakyat mereka terlalu terdedah dan kumpulan antivaksin terang-terangan. Malaysia sebenarnya masih ada ruang untuk berbincang, contohnya dengan Orang Asli. Kita bincang dengan Tok Batin dan akhirnya mereka terima, jadi di Malaysia boleh dicapai (vaksin) tanpa paksaan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Mohamad Sabu (Amanah-Kota Raja) yang meminta tentang usaha kerajaan mendekati golongan antivaksin seperti doktor, professor dan agamawan yang mempunyai pengaruh ramai sehingga menyebabkan pengikut mereka turut enggan mengambil vaksin.