Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan usaha mengatur pertemuan antara wakil Kementerian Kesihatan dengan wakil kumpulan antivaksin masih belum berhasil. Beliau berkata, cadangan untuk mengadakan perjumpaan dengan golongan itu adalah bagi memberikan penerangan berkaitan kepentingan vaksin. “Saya mencadangkan perjumpaan dengan golongan antivaksin adalah bagi memberi penerangan kerana saya bimbang mereka mendapat maklumat yang salah atau persepsi yang salah, anggapan yang salah. “Tapi setakat ini, tidak ada (kumpulan antivaksin) yang ‘respons’ dengan saya… tidak ada respons, ‘nobody say yes’… mereka tak nak (jumpa),” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas status cadangan dikemukakan dalam sidang Dewan Rakyat pada 17 Oktober lalu untuk mengadakan perjumpaan dengan kumpulan antivaksin yang masih dengan pendirian menolak pengambilan vaksin Covid-19 ditawarkan secara percuma oleh kerajaan.