Share on email Share on telegram PETALING JAYA: Golongan antivaksin yang masih enggan divaksin sebaiknya akur dengan arahan dan cadangan kerajaan Pusat untuk mengambil vaksin Covid-19, bukan sahaja demi kesihatan diri sendiri malahan untuk orang sekeliling terutama kaum keluarga. -- “Dalam Surah An Nisa’ ayat 83 antaranya bermaksud jika wujud perkara yang khilaf maka taatilah ‘Ulil-Amri’ (orang-orang yang berkuasa). “Dalam isu pihak yang pro vaksin dan antivaksin sememangnya wujud khilaf masing-masing ada hujah. Maka sewajarnya cadangan kerajaan untuk rakyat mengambil vaksin perlu dipatuhi,” katanya ketika ditemui di Mediu Desa Petaling hari ini. Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kumpulan antivaksin kemungkinan terpaksa berdepan kehidupan yang sukar kerana tidak akan dibenarkan menikmati kemudahan kelonggaran seperti individu lengkap vaksinasi secara berterusan.