mengganti semua pendawaian elektrik yang telah lama dan membahayakan. Sementara itu, Ismail Sabri berkata, tindakan tegas wajar dikenakan kepada kumpulan antivaksin dan kerajaan berpegang kepada prinsip melindungi kelompok majoriti berbanding kelompok kecil. “Lebih kurang satu peratus sahaja yang tidak mahu divaksin .Kita berpegang prinsip untuk melindungi majoriti kelompok. “Antivaksin yang menyebarkan cerita tidak betul, fitnah dan berita palsu akan dikenakan tindakan. Tindakan bukan dikenakan sebab mereka antivaksin, tetapi kerana mereka sebar berita palsu,” jelasnya. Dalam pada itu, mengulas berhubung pendedahan Kertas Pandora, Perdana Menteri berkata, pihak berkuasa yang berkaitan boleh mengambil tindakan