Malaysia akan beralih kepada era endemik tidak lama lagi. Walaupun wujudnya golongan yang enggan mendapatkan vaksin atau antivaksin dengan apa jua alasan, mahu atau tidak kita terpaksa terus hidup dengan virus Covid-19 yang sentiasa wujud dalam masyarakat atau di sesuatu tempat. Oleh itu, kita tiada pilihan setiap orang yang berkeluarga, bekerja dan bersosial sangat memerlukan imuniti kelompok bagi mengelakkan daripada dijangkiti virus ini. Kementerian Kesihatan dan agamawan harus menjelaskan kepada golongan antivaksin mengenai kepentingan dan kebaikan vaksin dari sudut kesihatan. Tindakan kerajaan melarang guru yang enggan divaksin mengajar secara bersemuka dan mengenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994 kepada pekerja di sektor