[sinar_whatapps.png] Sinar Harian Official >> BERITA > Nasional > Tindakan terhadap golongan antivaksin wajar: Hamzah Tindakan terhadap golongan antivaksin wajar: Hamzah | | 04 Jun 2021 Hamzah bercakap pada sidang media selepas melakukan pemantauan -- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin sehubungan itu berkata, kerajaan kini dalam perancangan menggubal ordinan bagi mengambil tindakan terhadap golongan antivaksin tersebut. Beliau berkata, walaupun buat masa ini kerajaan tidak boleh mengambil apa-apa tindakan, namun golongan antivaksin tidak sepatutnya menghasut orang ramai untuk menolak pengambilan vaksin Covid-19. “Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji untuk mengenakan tindakan terhadap golongan antivaksin. Kalau boleh, dijadikan akta ordinan pada kali ini,” katanya selepas membuat pemantauan bersama pelbagai agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Midvalley Megamall di Bangsar di sini pada Jumaat. Beliau berkata, perbuatan golongan antivaksin menghasut rakyat akan menyebabkan kelewatan proses imuniti kelompok yang disasarkan kerajaan. “Kalau mereka tidak mahu ambil vaksin, itu masalah mereka. Tapi mereka buat kempen untuk orang tidak ambil vaksin, itu jadi masalah kita. Kita hendak mencapai imunisasi berkelompok,” katanya. Tambah beliau, golongan antivaksin itu juga akan memberi reputasi buruk terhadap kerajaan. “Apabila mereka melakukan kempen seperti ini, golongan itu memberi perasaan yang tidak senang kepada rakyat seolah-olah banyak yang kerajaan buat tidak betul. Disyorkan artikel ini: * Golongan antivaksin individu berfikiran negatif, tertutup minda: Pakar * Gubal undang-undang anti lompat parti sebelum PRU15 * Jangan berbangga dapat tipu polis, permainkan undang-undang -- prosedur operasi standard (SOP) yang ada," katanya. ATIKEL BERKAITAN: Kerajaan kaji kenakan tindakan terhadap golongan antivaksin: PM < Previous PageNext Page > Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar -- by SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI [no-image.png] BERITA Kerajaan kaji kenakan tindakan terhadap golongan antivaksin: PM by WARTAWAN SINAR HARIAN [no-image.png] KHAS Sultan Selangor kecewa dengan golongan antivaksin by ASYRAF MUHAMMAD Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang