[sinar_whatapps.png] Sinar Harian Official >> BERITA > Nasional > Antivaksin sebar berita palsu tak akan terlepas tindakan Antivaksin sebar berita palsu tak akan terlepas tindakan HIDAYAH HAIROM | | 16 Oktober 2021 Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media -- A A KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan bahawa golongan antivaksin yang menyebarkan maklumat palsu tidak akan terlepas daripada tindakan pihak berkuasa. -- kumpulan tersebut Bagaimanapun menurutnya, tindakan itu bukan disebabkan mereka antivaksin, sebaliknya kerana perbuatan menyebarkan perkara yang tidak benar. "Memang dalam negara kita ada banyak undang-undang yang boleh digunakan untuk ambil tindakan kepada pihak yang menyebarkan berita palsu. "Jadi bukan kerana antivaksin tetapi kerana berita (palsu) yang mereka sebar kita boleh ambil tindakan," katanya dalam sidang media selepas meninjau penyelenggaraan lif di Perumahan Awam Seri Perak, Bandar Baru Sentul, pada Sabtu. -- tindakan segera terhadap kumpulan berkenaan. Pada Jumaat, Khairy Jamaluddin, dilaporkan menggesa pihak berkuasa menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap kumpulan antivaksin susulan laporan polis dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap terhadap beberapa kumpulan antivaksin. Beliau berkata, tindakan kumpulan berkenaan yang menyebarkan berita palsu mengancam kesihatan awam dan menjengkelkan. -- * Kerajaan baharu tiada masa untuk bersenang-lenang Khairy Jamaluddin membalas ciapan pakar perubatan keluarga KKM, Dr Sakinah Sulong, yang mempersoalkan sama ada kumpulan antivaksin di negara ini kebal daripada tindakan pihak berkuasa berikutan masih bebas menyebarkan dakwaan dan berita palsu. < Previous PageNext Page > Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium * antivaksin * Ismail Sabri Yaakob × Paling Terkini: Terengganu gagal wujudkan peluang pekerjaan: Raja -- Artikel Berkaitan [no-image.png] KHAS Golongan antivaksin pengaruhi penduduk Long Pasia by ASYIKIN ASMIN [no-image.png] BERITA