vaksin itu benar atau tidak. __________________________________________________________________ Baca: Saya bukan antivaksin - Dr Roland Victor __________________________________________________________________ Masalah Dr Roland ialah dia banyak mengutuk vaksin Pfizer tetapi tidak -- Padanlah Dr Roland begitu mengkritik vaksin Pfizer. Rupa-rupanya doktor antara yang percaya kepada teori konspirasi. Mungkin dia pengikut Judy Mikovits, yang siri video "plandemik" yang berasaskan teori kospirasi dan mempromosikan matlumat palsu dan fahaman antivaksin. Taktik cetuskan ketakutan -- Perubatan Sheba) dan 89 peratus (kajian Kementerian Kesihatan Israel). Kenapa doktor sembunyikan semua penemuan ini? Ini memang salah satu taktik golongan antivaksin. Atau mungkin juga dia tidak membaca jurnal mutakhir perubatan tetapi hanya mencedok daripada laman-laman antivaksin yang sedia ada. Sekarang kita fokus kepada kesan sampingan, atau Adverse Effects Following Immunisation (AEFI), yang doktor baca daripada prescription drug label vaksin Pfizer. Panjang lebar dia baca untuk menakutkan penonton videonya. Ini satu lagi taktik jijik kumpulan antivaksin, iaitu fear mongering. Ia sikap yang bukan saja tidak objektif, malah tidak bertanggungjawab. Sudah pasti Pfizer menyenaraikan semua AEFI yang mungkin berlaku. Ini adalah ketelusan matlumat, tidak menyembunyikan matlumat seperti kalangan antivaksin. Seperti dalam isu jururawat yang pengsan setelah mengambil vaksin Pfizer. Ada yang mendakwa vaksin telah membunuh jururawat itu, -- Dr Roland bermain dengan emosi penonton dengan menceritakan tentang Bell’s Palsy. Ia menunjukkan sikap seorang doktor yang kurang beretika dan professional. Golongan antivaksin suka menakutkan pedengar dengan cerita-cerita palsu dan tidak berasaskan fakta. Memang ada empat kes di kalangan subjek yang mengambil vaksin tetapi apabila kita kira kadar (incidence rate) Bell’s Palsy di dalam kumpulan vaksin, ia seperti