fbpx

2 Januari 2022, 9:16 pm

  TERKINI

Berita antivaksin paling banyak tersebar di Twitter

TINJAUAN dalam Twitter itu dilakukan oleh Drone Emprit.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Satu tinjauan mendapati berita mengenai anti vaksin seperti mendakwa Covid-19 sebagai konspirasi dan isu kandungan mikrocip magnetik dalam vaksin paling banyak disebarkan dalam Twitter di Indonesia.  

Tinjauan itu dilakukan oleh Drone Emprit sepanjang dua tahun pemerintahan Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Maaruf Amin, lapor Suara.com. 

Secara keseluruhannya, terdapat 1.98 juta penipuan tersebar dalam media sosial tersebut. 

Penganalisis Kanan Drone Emprit, Yan Kurniawan berkata, berita palsu itu didominasi oleh isu politik dan bangsa. 

Katanya, situasi itu berbeza dengan situasi yang dapat dilihat tahun lalu. 

“Dalam tempoh dua tahun terdapat 1.98 juta perbincangan mengenai berita palsu. Hal ini bererti, secara purata setahun ada sejuta perbincangan mengenai berita palsu.

“Penyebaran berita palsu bukan hanya berlaku dalam media sosial kerana sifatnya yang terbuka, bahkan berlaku dalam medium tertutup seperti WhatsApp,” katanya semasa perbincangan bertajuk Penipuan, Kualiti Media dan Hegemoni Media Sosial.

Menurut Kurniawan, berita palsu tersebar bukan bermakna pengguna media sosial menyukai pembohongan, tetapi lebih disebabkan oleh ketakutan kepada keluarga yang akhirnya menyebabkan mereka menyebarkan berita sama. 

POPULAR

KOSMO! TERKINI