fbpx

2 Januari 2022, 9:17 pm

  TERKINI

[PARLIMEN] Antivaksin: Belum ada kakitangan awam dikenakan tindakan

ABD. LATIF AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sebarang tindakan masih belum diambil terhadap kakitangan perkhidmatan awam yang enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, terdapat proses yang perlu diikuti sebelum sebarang tindakan dikenakan keaqtas kakitangan tersebut.

“Kenapa kita adakan pekeliling ini? ia adalah semata-mata bagi memastikan penyampaian khidmat awam tidak terganggu, dan proses untuk mengambil tindakan kepada mana-mana kakitangan awam.

“Dia ada proses, pertama sekali ketua jabatan kena mengutus surat tunjuk sebab mengapa penjawat awam enggan divaksin dan diberi tempoh 21 hari untuk menjawab soalan tersebut. Dan jika tidak memuaskan, satu jawatankuasa siasatan dalaman dan jawatankuasa disiplin yang dibentuk oleh jabatan tersebut bagi tindakan-tindakan seterusnya.

“Ada banya jenis tindakan, seperti tindakan amaran, kita boleh tahan gaji, ini semua perkara-perkara. yang boleh kita ambil tindakan kepada kakitangan awam,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) meminta kerajaan menjelaskan apakah jenis tindakan yang boleh dikenakan kepada kakitangan awam yang enggan divaksin.

Menurut Latiff lagi, setakat ini sebanyak 1.8 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam masih belum divaksin dan surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada 28,000 kakitangan awam berkenaan.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan (KPM) memberi tempoh sehingga 1 November ini sebelum mengambil tindakan selanjutnya terhadap guru yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata ia selaras ketetapan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mengkehendaki semua penjawat awam patuh kepada pekeliling mewajibkan mereka melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 sebelum 1 November atau berdepan tindakan tatatertib. -UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI