fbpx

2 Januari 2022, 9:17 pm

  TERKINI

MPPK gesa pensyarah antivaksin tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka

MUHAMMAD AMIR ASYRAF MOHD. SABRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) menggesa agar pensyarah antivaksin tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka.

Ini termasuk mahasiswa-mahasiswa yang menolak suntikan vaksin Covid-19 dengan alasan yang tidak munasabah.

Menurut Presidennya, Muhammad Amir Asyraf Mohd. Sabri dalam satu kenyataan hari ini berkata, selain mahasiswa, setiap kakitangan akademik dan bukan akademik setiap Institut Pengajian Tinggi (IPT) juga perlu divaksinasi lengkap.

“Ini tidak termasuk mereka yang mempunyai keadaan kesihatan yang tidak membenarkan mereka untuk divaksinasi.

“Malah dakyah antivaksin yang wujud dalam segelintir golongan mahasiswa dan kakitangan IPT hendaklah dihentikan dan diperangi oleh pihak KPT agar ketaksuban terhadap dakyah ini dapat ditangani,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Dalam perkembangan lain, MPPK menyokong penuh kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dalam temu bual beliau bersama Mingguan Malaysia berkenaan lengkap dua dos vaksin Covid-19 sebagai syarat untuk kembali ke kampus.

“MPPK berpendapat bahawa syarat ini adalah bertepatan dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan hasrat mahasiswa sendiri yang mahukan persekitaran yang selamat di kampus.

“KPT juga telah memudahkan urusan mahasiswa yang masih belum mendapat temu janji vaksinasi dengan cara membenarkan mahasiswa mendapatkan vaksin secara ‘walk-in’ di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terbuka,” katanya.

Justeru, MPPK memohon kepada semua mahasiswa yang belum mendapat temu janji agar segera mendapatkan vaksin di mana-mana PPV bagi menyemarakkan lagi usaha dalam mewujudkan persekitaran kampus yang selamat.

“Bagi mahasiswa yang enggan atau menolak untuk divaksinasi tanpa alasan atau sebab yang kukuh, MPPK berpendapatan supaya mereka tidak dibenarkan untuk kembali ke kampus demi untuk memelihara gelembung kampus yang selamat daripada ancaman pandemik Covid-19,” katanya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI