fbpx

2 Januari 2022, 9:17 pm

  TERKINI

Guna kuasa wajibkan vaksin

KERAJAAN sudah boleh mula merangka dasar atau undang-undang mewajibkan suntikan vaksin kepada rakyat bagi mengekang wujudnya kluster-kluster baharu. – GAMBAR HIASAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA berpendapat, kerajaan wajar mewajibkan masyarakat disuntik vaksin Covid-19 dalam memastikan imuniti kelompok dicapai memandangkan Malaysia akan beralih kepada era endemik tidak lama lagi.

Walaupun wujudnya golongan yang enggan mendapatkan vaksin atau antivaksin dengan apa jua alasan, mahu atau tidak kita terpaksa terus hidup dengan virus Covid-19 yang sentiasa wujud dalam masyarakat atau di sesuatu tempat. Oleh itu, kita tiada pilihan setiap orang yang berkeluarga, bekerja dan bersosial sangat memerlukan imuniti kelompok bagi mengelakkan daripada dijangkiti virus ini.

Kementerian Kesihatan dan agamawan harus menjelaskan kepada golongan antivaksin mengenai kepentingan dan kebaikan vaksin dari sudut kesihatan. Tindakan kerajaan melarang guru yang enggan divaksin mengajar secara bersemuka dan mengenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994 kepada pekerja di sektor kerajaan atau swasta hanya menambahkan beban dan merumitkan keadaan.

Kita tidak mahu apabila keadaan mengizinkan untuk pengajaran bersemuka dibolehkan, kaedah pembelajaran dalam talian masih dijalankan oleh guru yang tidak divaksinkan sementara di pihak pekerja pula akan menyebabkan keadaan persekitaran tidak selamat dan pekerja yang tidak divaksinkan akan mewujudkan kluster di tempat kerja.

Maka sudah sampai masanya kerajaan menggunakan kuasa yang ada melalui satu dasar atau undang-undang mewajibkan setiap rakyat divaksinkan.

ABDUL HAMID, Temerloh, Pahang

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN