fbpx

2 Januari 2022, 9:16 pm

  TERKINI

Masalah kesihatan punca masih ada guru belum ambil vaksin di NS

MD. FIAH MD. JAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Masalah kesihatan antara punca lebih 100 guru di Negeri Sembilan belum bersedia menerima suntikan vaksin Covid-19 sehingga kini.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Md. Fiah Md. Jamin berkata, bagaimanapun jumlah itu berkurangan daripada 142 orang yang dilaporkan sebelum ini.

“Saya percaya mereka ini bukannya antivaksin, tetapi mempunyai alasan tersendiri antaranya ada yang menghadapi masalah kesihatan. 

“Harapan kami positif agar mereka ini mengubah fikiran untuk terima vaksin kerana dalam rekod jabatan, mereka adalah guru yang baik dan produktif,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Kementerian Pendidikan memberi tempoh sehingga 1 November lalu sebelum mengambil tindakan selanjutnya terhadap guru yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19. – UTUSAN ONLINE 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI